rhytm of my heart


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, June 30, 2010

Mengapa Adanya Perpisahan??

Haiii... ingat tak dialog Afdlin Shauki dalam filem Sepi, “ Mengapa kia berjumpa kalau hanya untuk berpisah?”. Perpisahan merupakan perkara yang paling dibenci oleh semua orang. Kenapa??
Pertemuan dan perpisahan adalah adat semula jadi kita bergelar manusia. Dimana ada pertemuan pasti ada perpisahan. Kita tidak boleh elak dari perpisahan kerana tiada apa yang kekal selain dari yang Maha Esa.
Mengapa adanya perpisahan?? Kerana dengan perpisahan adanya pertemuan. Perpisahan akan menyebabkan kita bertemu dengan pertemuan yang baru. Sebagai contoh, berpisah dengan rakan-rakan sekolah lama untuk kesekolah yang baru. Disini akan ada pertemuan baru dimana suatu hari kelak pertemuan ini juga akan ditangisi perpisahannya.
Mengapa adanya perpisahan?? Ya, memang perpisahan itu pahit untuk semua orang. Tidak kiralah siapa, orang kaya atau orang miskin, lelaki atau perempuan, atau sesiapa sahaja termasuk aku pasti pahit menerima perpisahan. Tapi cuba kita renungkan sejenak, pahit itu ubat, ubat lah yang menyembuhkan kita. Begitu jugalah dengan perpisahan, pahit untuk ditelan tetapi sebenarnya membawa kebaikan kepada kita. Perpisahan dan kesalahan merupakan suatu pengalaman yang penting untuk membaiki diri sesorang. Ini kerana, Pengalaman mendewasakan kita.
Tidak salah jika kita tangisi seketika akan sesuatu perpisahan, kerana bagi setiap orang sesuatu perpisahan ada satu kenangan tersendiri. Walaubagaimanapun, kenangan tetap akan jadi satu kenangan. Tak kiralah pahit atau tidak, kenangan ini akan membuat kita tergelak suatu hari nanti apabila memikirkan balik kenangan dimasa lalu. Percayalah. 
Tapi janganlah kita menangis mengenang kisah lalu dengan duduk diam membisu sehinggakan tiada kuasa untuk meneruskan hidup. Kita kena teruskan Hidup.. sebab hidup akan berakhir dengan kematian. So, hargailah masa yang kita ada. K???? Ada pepatah mengatakan “ Orang yang hidup dalam kenangan ialah orang yang mati jiwanya kerana esok yang bakal datang dengan mentari adalah penantian yang pasti, bukan terus terulitdengan mimpi yang manisnya seperti jaluran pelangi”
Ok??? Apa-apa pun.. ingatlahhh..” IF WE LOST SOMETHING, WE ALSO WILL GET SOMETHING”

0 comments:

Post a Comment