rhytm of my heart


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, June 30, 2010

Mengapa Adanya Perpisahan??

Haiii... ingat tak dialog Afdlin Shauki dalam filem Sepi, “ Mengapa kia berjumpa kalau hanya untuk berpisah?”. Perpisahan merupakan perkara yang paling dibenci oleh semua orang. Kenapa??
Pertemuan dan perpisahan adalah adat semula jadi kita bergelar manusia. Dimana ada pertemuan pasti ada perpisahan. Kita tidak boleh elak dari perpisahan kerana tiada apa yang kekal selain dari yang Maha Esa.
Mengapa adanya perpisahan?? Kerana dengan perpisahan adanya pertemuan. Perpisahan akan menyebabkan kita bertemu dengan pertemuan yang baru. Sebagai contoh, berpisah dengan rakan-rakan sekolah lama untuk kesekolah yang baru. Disini akan ada pertemuan baru dimana suatu hari kelak pertemuan ini juga akan ditangisi perpisahannya.
Mengapa adanya perpisahan?? Ya, memang perpisahan itu pahit untuk semua orang. Tidak kiralah siapa, orang kaya atau orang miskin, lelaki atau perempuan, atau sesiapa sahaja termasuk aku pasti pahit menerima perpisahan. Tapi cuba kita renungkan sejenak, pahit itu ubat, ubat lah yang menyembuhkan kita. Begitu jugalah dengan perpisahan, pahit untuk ditelan tetapi sebenarnya membawa kebaikan kepada kita. Perpisahan dan kesalahan merupakan suatu pengalaman yang penting untuk membaiki diri sesorang. Ini kerana, Pengalaman mendewasakan kita.
Tidak salah jika kita tangisi seketika akan sesuatu perpisahan, kerana bagi setiap orang sesuatu perpisahan ada satu kenangan tersendiri. Walaubagaimanapun, kenangan tetap akan jadi satu kenangan. Tak kiralah pahit atau tidak, kenangan ini akan membuat kita tergelak suatu hari nanti apabila memikirkan balik kenangan dimasa lalu. Percayalah. 
Tapi janganlah kita menangis mengenang kisah lalu dengan duduk diam membisu sehinggakan tiada kuasa untuk meneruskan hidup. Kita kena teruskan Hidup.. sebab hidup akan berakhir dengan kematian. So, hargailah masa yang kita ada. K???? Ada pepatah mengatakan “ Orang yang hidup dalam kenangan ialah orang yang mati jiwanya kerana esok yang bakal datang dengan mentari adalah penantian yang pasti, bukan terus terulitdengan mimpi yang manisnya seperti jaluran pelangi”
Ok??? Apa-apa pun.. ingatlahhh..” IF WE LOST SOMETHING, WE ALSO WILL GET SOMETHING”

Kehilangan Park Yong HA

Photobucket
Kalau Kuch Kuch Hota Hai mengenalkan aku dengan cerita Hindustan, siri drama Winter sonata pula merupakan siri drama yang mengenalkan aku dengan dunia korea... siri drama ini aku ingat ag waktu tu aku tingkatan satu dalam tahun 2002 kalau tak silap aku.. walaubagaimanapun seorang pelakon dari filem in iaitu Park Yong Ha telah membunuh diri dengan sebab yang tidak diketahui.
Park Yong Ha yang melakonkan watak sebagai kwan dari kecil Yu-Jin ( Choi Jin Woo) merupakan seorang penyayi dan pelakon popular telah ditemui mati di Seoul Nonhyundong dalam keadaan tergantung pada kabel pengecas telefon di rumahnya.
Menurut pihak polis, beliau dijumpai mati pada pukul 5.30 (30 Jun 2010)pagi waktu tempatan oleh ibunya. Sebab kematian berkemungkinan membunuh diri walaubagaimanapun ianya masih dalam siasatan.
Beliau dikatakan kelihatan berjalan ke biliknya selepas mengurut kaki dan belakang ayahnya pada pukul 12.40 pagi. Beliau juga berulangkali meminta maaf kepada ayah serta keluarganya dimana ayah beliau merupakan pengidap kanser perut.
Park Yong Ha terkenal dengan lakonannya dalam beberapa drama popular termasuklah drama Winter Sonata, Men’s Story dan On Air. Selain dari kerjaya drama yang berjaya, beliau juga terkenal di Jepun dengan beberapa album Single beliau.

for all budak yang lahir 80an

Budak-budak yang lahir pada tahun 80an mesti ingat time sekolah rendah dulu2 dimana:-

- Salesman jual buku datang sekolah, ari ni bagi list, besok mintak duet beli even cerita buku tu dah tau.

- Salesman susu pon macam tu jugak.

- Kat library, budak2 mmg baca buku tapi just tgk gambar je. Bila ada program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. Sebab nak tulis nama tajuk, nama pengarang ja, bukan sebab nak baca pon. Sinopsis pon aci tibai copy paste dari belakang buku ja.

- Guna pensel box yang bole bukak depan belakang. Pastu ada sharpener kat tgh2.

- Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam even itulah funsi sebenar kejadian pemadam.

- Guna pembaris yang bergerigi, kat dalam tu ada air dan ada benda kilat2 dalam air tu.

- Cikgu guna pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tgh2 tp x penah nampak cikgu pegang pon kat ctu.

- Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

- Main game 2D. super contra, super mario, street fighter.

- Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab bole tukar kaler2 ikut suhu dan cuaca.

- Takut BCG tapi lepas inject suma macam poyo ja.

- Balik sekolah wajib beli satay ikan. Xpon Senkuang yang ada kuah rojak. Xpon Beli JoJo, Dendang ataupon Tora. Beli semata2 nak mainan. bukan nak mkn coklat tu pon.

- Beg sekolah nak Swan aja.

- Siri kartun kegemaran: power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm2 lagi.

JANGAN lupa suma ni sbb zaman skrg budak2 x sempat layan benda2 ni.

Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yang kekal.

kredit pada myblogmypage....

haiiii

First time wat blog...

so masih ber tak tih dalam jadi blogger

huhu...

tapi takper

this is my start

permulaan untuk aku berkongsi dengan semua orang

aper yang aku fikirkan, apa yang aku rasa dan aper yang orang keliling aku rasa