rhytm of my heart


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, March 31, 2011

tik tuk..tik tuk....


haii....
assalamualaikum wbt...

apa khabar anda semua?? tapi sebelum tu, bg mil tiup jap... FUUUUUHHHHHHHHH!!!

bukan aper... dah berhabuk blog mil ni da lame tak berusik..ngeh3x

diam tak diam, sudah nak masuk 6 bulan mil berkerja dengan TNB N9 ini. Best rasanya dapat tergolong dalam sebahagian company ni..

Pengalaman???
tak berapa banyak pengalam yang mil dapat.. cuma adela sikit yang boleh dikongsi..

mil kat sini bergiat aktif dalam koir.. since masuk ritu , mil dah dipanggil untuk menyertai pasukan koir seremban.. tujuannya adalah untuk menjadi pasukan koir untuk majlis perasmian Wisma TNB Negeri Sembilan. Lagu yang bakal didendangkan adalah lagu TNB, Lagu Getaran Jiwa dan yang paling penting lagu kesukaan DYMM Yang Dipertuan Besar, lagu Lambaian Negeri. Alhamdulillah, setelah berusaha dan gigih menjalankan latihan, persembahan kami pada hari perasmian tanggal 25 Januari 2011 mendapat sambutan serta pujian yang menggalakkan dari orang ramai. Yang Bestnya, kami mendapat pujian menggunung dari DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, MB N9, CEO TNB dan juga ramai lagi yang hadir. rasala jugak seperti artis kerana ramai yang ingin bergambar dengan kami dan tak kurang juga ada yang ingin tandatangan kami. Haahaha.. geli hati rasanya..Pihak Korporat TNB yang membuat posmoterm selepas tamat majlis memuji dan mengiktiraf pasukaxn koir kami sebagai pasukan Koir terbaik TNB. SyOKNya!!!!!




Persembahan seterusya, pasukan KOIR kami sekali lagi dijemput oleh pihak tertinggi TNB untuk membuat persembahan pada hari Anugerah Pekerja Setia yang berlangsung pada 20 dan 21 Mac 2011. Tapi malangnya, untuk persembahan ini, mil tak dapat melibatkan diri kerana nasihat doktor atas masalah kesihatan. Koir ini juga telah berjaya memukau semua orang pada hari tersebut dan mendapat sumbangan dari pihak pengurusan sebanyak RM 2000. dan kami dimaklumkan pasukan koir kami bakal berlepas ke Indonesia untuk persembahan kelak. betul ke tak ,,kami pun tak tau kesahihannya lagi.

tutup cerita pasal koir,

mil juga telah mempelajari satu pengalaman yang penting dimana mil telah menjadi event manager untuk satu Majlis Penting TNB N9 iaitu majlis Perasmian PPU 33kV TechPark@enstek di Nilai. Pening mil dibuatnya, maklumlah first time buat benda ni. Macam2 nak diuruskan, fikir soal budget, wat proposal, berjumpa dengan kontraktor, dan macam2 lagi. Tibanya pada hari kejadian tanggal 8 Mac 2011, kesemua dif-dif jemputan tiba temasuk tetamu jemputan VVIP iaitu ADUN Senaling, Dato Ismail Lassim. Alhamdulillah, majlis ringkas tersebut dah berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Sekarang ni, mil berada di dalam Bilik di ILSAS .. berkampung di sini ada kursus seminggu berkaitan Planning LV dan MV.. yang berkaitan dengan kerja mil la. Duk kat sini rasanya cam mewah.. Makan sampai 5 kali sehari dan setiap kali makan, menunya memang umph!!!! sedap cakap kau... hehe. Bertambah berisi la badan mil pas ni.

mungkin ni je kot yang boleh dishare... laen kali mil sembang ag yerrr

salam ceria dari mil..
MOHD AZMIL BIN JAMIL