rhytm of my heart


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, June 30, 2010

Kehilangan Park Yong HA

Photobucket
Kalau Kuch Kuch Hota Hai mengenalkan aku dengan cerita Hindustan, siri drama Winter sonata pula merupakan siri drama yang mengenalkan aku dengan dunia korea... siri drama ini aku ingat ag waktu tu aku tingkatan satu dalam tahun 2002 kalau tak silap aku.. walaubagaimanapun seorang pelakon dari filem in iaitu Park Yong Ha telah membunuh diri dengan sebab yang tidak diketahui.
Park Yong Ha yang melakonkan watak sebagai kwan dari kecil Yu-Jin ( Choi Jin Woo) merupakan seorang penyayi dan pelakon popular telah ditemui mati di Seoul Nonhyundong dalam keadaan tergantung pada kabel pengecas telefon di rumahnya.
Menurut pihak polis, beliau dijumpai mati pada pukul 5.30 (30 Jun 2010)pagi waktu tempatan oleh ibunya. Sebab kematian berkemungkinan membunuh diri walaubagaimanapun ianya masih dalam siasatan.
Beliau dikatakan kelihatan berjalan ke biliknya selepas mengurut kaki dan belakang ayahnya pada pukul 12.40 pagi. Beliau juga berulangkali meminta maaf kepada ayah serta keluarganya dimana ayah beliau merupakan pengidap kanser perut.
Park Yong Ha terkenal dengan lakonannya dalam beberapa drama popular termasuklah drama Winter Sonata, Men’s Story dan On Air. Selain dari kerjaya drama yang berjaya, beliau juga terkenal di Jepun dengan beberapa album Single beliau.

0 comments:

Post a Comment